Hari Perempuan   Women Day

blogger counters


Hari Waisak - Hari Raya Umat Buddha

Hari Waisak - Hari Raya Umat Buddha
Waisak atau Waisaka (Pali; Sanskrit: Vaiśākha वैशाख) merupakan hari suci agama Buddha. Hari Waisak juga dikenal dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Saga Dawa di Tibet, Vesak di Malaysia, dan Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Vesak di Sri Lanka. Nama ini diambil dari bahasa Pali "Wesakha", yang pada gilirannya juga terkait dengan "Waishakha" dari bahasa Sanskerta. Di beberapa tempat disebut juga sebagai "hari Buddha".

Dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati 3 (tiga) peristiwa penting, yaitu :

1. Lahirnya Pangeran Siddharta di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.,
2. Pangeran Siddharta mencapai Penerangan Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya (Bodhgaya) pada usia 35 tahun pada tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama parinibbana (wafat) di Kusinara pada usia 80 tahun pada tahun 543 S.M.

Tiga peristiwa ini dinamakan "Trisuci Waisak". Keputusan merayakan Trisuci ini dinyatakan dalam Konferensi Persaudaraan Buddhis Sedunia (World Fellowship of Buddhists - WFB) yang pertama di Sri Lanka pada tahun 1950. Perayaan ini dilakukan pada purnama pertama di bulan Mei. Waisak sendiri adalah nama salah satu bulan dalam penanggalan India Kuno.

Dalam tradisi Buddhis Mahayana, hari ini berasal dari nama bahasa Sanskerta, वैशाख (Vaiśākha), dan berasal dari variannya. Vesākha dikenal dengan nama Vesak atau Wesak (衛塞節) dalam bahasa Sinhala.

Waisak juga dikenal dengan :

बुद्ध पुर्णिमा/বুদ্ধ পূর্ণিমা Buddha Purnima atau बुद्ध जयंती/বুদ্ধ জয়ন্তী Buddha Jayanti in India, Bangladesh dan Nepal
花祭 (Hanamatsuri) di Jepang,
석가 탄신일 Seokka Tanshin-il (Hanja: 釋迦誕身日) di Korea,
佛誕 (Mandarin: Fódàn, Kantonis: Fātdàahn) di komunitas berbahasa Cina,
Phật Đản di Vietnam,
ས་ག་ཟླ་བ། Saga Dawa (sa ga zla ba) di Tibet,
វិសាខបូជា Visak Bochéa di Khmer,
วันวิสาขบูชา Visakah Puja (atau Visakha Bucha) di Thai,
ကဆုန်လပြည့်ဗုဒ္ဓနေ့ (Kasone la-pyae Boda nei), lit. "Full Moon Day of Kason," the second month of the traditional Burmese calendar,
ວິຊຂບູຊ Vixakha Bouxa di Lao,
වෙසක් පසළොස්වක පෝය Vesak (Wesak) di Sri Lanka dan Malaysia.

Perayaan Waisak di Indonesia

Perayaan Hari Waisak di Indonesia mengikuti keputusan WFB. Secara tradisional dipusatkan secara nasional di komplek Candi Borobudur, Magelang, Jawa Tengah. Rangkaian perayaan Waisak nasional secara pokok adalah sebagai berikut:

Pengambilan air berkat dari mata air (umbul) Jumprit di Kabupaten Temanggung dan penyalaan obor menggunakan sumber api abadi Mrapen, Kabupaten Grobogan.
Ritual "Pindapatta", suatu ritual pemberian dana makanan kepada para bhikkhu/bhiksu oleh masyarakat (umat) untuk memberikan kesempatan kepada masyarakat untuk melakukan kebajikan.
Samadhi pada detik-detik puncak bulan purnama. Penentuan bulan purnama ini adalah berdasarkan perhitungan falak, sehingga puncak purnama dapat terjadi pada siang hari.

Selain tiga upacara pokok tadi dilakukan pula pradaksina, pawai, serta acara kesenian.

Siddhartha Gautama - Buddha Gautama dilahirkan dengan nama Siddhārtha Gautama (Sanskerta: Siddhattha Gotama; Pali: "keturunan Gotama yang tujuannya tercapai"), dia kemudian menjadi sang Buddha (secara harfiah: orang yang telah mencapai Penerangan Sempurna). Dia juga dikenal sebagai Shakyamuni ('orang bijak dari kaum Sakya') dan sebagai sang Tathagata. Siddhartha Gautama adalah guru spiritual dari wilayah timur laut India yang juga merupakan pendiri Agama Buddha. Ia secara mendasar dianggap oleh pemeluk Agama Buddha sebagai Buddha Agung (Sammāsambuddha) pada masa sekarang. Waktu kelahiran dan kematiannya tidaklah pasti: sebagian besar sejarawan dari awal abad ke 20 memperkirakan kehidupannya antara tahun 563 SM sampai 483 SM; baru-baru ini, pada suatu simposium para ahli akan masalah ini, sebagian besar dari ilmuwan yang menjelaskan pendapat memperkirakan tanggal berkisar antara 20 tahun antara tahun 400 SM untuk waktu meninggal dunianya, sedangkan yang lain menyokong perkiraan tanggal yang lebih awal atau waktu setelahnya.

Siddhartha Gautama merupakan figur utama dalam agama Buddha, keterangan akan kehidupannya, khotbah-khotbah, dan peraturan keagamaan yang dipercayai oleh penganut agama Buddha dirangkum setelah kematiannya dan dihafalkan oleh para pengikutnya. Berbagai kumpulan perlengkapan pengajaran akan Siddhartha Gautama diberikan secara lisan, dan bentuk tulisan pertama kali dilakukan sekitar 400 tahun kemudian. Pelajar-pelajar dari negara Barat lebih condong untuk menerima biografi Sang Buddha yang dijelaskan dalam naskah Agama Buddha sebagai catatan sejarah, tetapi belakangan ini "keseganan pelajar negara Barat meningkat dalam memberikan pernyataan yang tidak sesuai mengenai fakta historis akan kehidupan dan pengajaran Sang Buddha."

Buddha (Sanskerta: बुद्ध berarti. Mereka yang Sadar, Yang mencapai pencerahan sejati. dari perkataan Sanskerta: "Budh", untuk mengetahui) merupakan gelar kepada individu yang menyadari potensi penuh mereka untuk memajukan diri dan yang berkembang kesadarannya. Dalam penggunaan kontemporer, ia sering digunakan untuk merujuk Siddharta Gautama, guru agama dan pendiri Agama Buddha (dianggap "Buddha bagi waktu ini"). Dalam penggunaan lain, ia merupakan tarikan dan contoh bagi manusia yang telah sadar.

Penganut Buddha tidak menganggap Siddharta Gautama sebagai sang hyang Buddha pertama atau terakhir. Secara teknis, Buddha, seseorang yang menemukan Dharma atau Dhamma (yang bermaksud: Kebenaran; perkara yang sebenarnya, akal budi, kesulitan keadaan manusia, dan jalan benar kepada kebebasan melalui Kesadaran, datang selepas karma yang bagus (tujuan) dikekalkan seimbang dan semua tindakan buruk tidak mahir ditinggalkan. Pencapaian nirwana (nibbana) di antara ketiga jenis Buddha adalah serupa, tetapi Samma-Sambuddha menekankan lebih kepada kualitas dan usaha dibandingkan dengan dua lainnya. Tiga jenis golongan Buddha adalah:

Samma-Sambuddha yang mendapat Kesadaran penuh tanpa guru, hanya dengan usaha sendiri
Pacceka-Buddha atau Pratyeka-Buddha yang menyerupai Samma-Sambuddha, tetapi senantiasa diam dan menyimpan pencapaian Dharma pada diri sendiri.
Savaka-Buddha yang merupakan Arahat (pengikut kesadaran), tetapi mencapai tahap Kesadaran dengan mendengar Dhamma.

Setelah mencapai Pencerahan Sempurna, pertapa Gautama mendapat gelar kesempurnaan yang antara lain: Buddha Gautama, Buddha Shakyamuni, Tathagata ('Ia Yang Telah Datang', Ia Yang Telah Pergi'), Sugata ('Yang Maha Tahu'), Bhagava ('Yang Agung') dan sebagainya. Lima pertapa yang mendampingi Beliau di hutan Uruwela merupakan murid pertama Sang Buddha yang mendengarkan khotbah pertama Dhammacakka Pavattana, dimana Beliau menjelaskan mengenai Jalan Tengah yang ditemukan-Nya, yaitu Delapan Ruas Jalan Kemuliaan termasuk awal khotbahNya yang menjelaskan "Empat Kebenaran Mulia".

Buddha Gautama berkelana menyebarkan Dharma selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta kasih dan kasih sayang, hingga akhirnya mencapai usia 80 tahun, saat ia menyadari bahwa tiga bulan lagi ia akan mencapai Parinibbana. Sang Buddha dalam keadaan sakit terbaring di antara dua pohon sala di Kusinagara, memberikan khotbah Dharma terakhir kepada siswa-siswa-Nya, lalu Parinibbana (versi Buddhisme Mahayana, 486 SM pada hari ke-15 bulan ke-2 kalender Lunar. Versi WFB pada bulan Mei, 543 SM). Kitap Suci agama Buddha adalah Tripitaka.
Selengkapnya

GE13 PRU13 - Malaysia Election Day

Pemilihan Raya Umum MalaysiaPilihan Raya Umum Malaysia ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri.

Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman. Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad. Keputusan PRU13 - Results Pilihan Raya Umum Malaysia

Pilihan Raya Umum Malaysia (sebelum kemerdekaan Malaya) wujud di dalam dua peringkat: peringkat negara dan peringkat negeri. Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat Malaysia, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala pilihan raya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Perhimpunan Legislatif Negeri). Ketua bagi cabang eksekutif, Perdana Menteri, merupakan dipilih secara tidak langsung. Secara tradisinya, pemilihan Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dijalankan serentak, kecuali di Sarawak.

Pada Pilihan sebelumnya, Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 amat memeranjatkan ramai penganalisis politik kerana Barisan Nasional hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala ketiga-tiga buah parti pembangkang utama (Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, dan Parti Islam Se-Malaysia) yang selepas itu membentukkan Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi Parlimen. Dengan ini pihak pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, Selangor pada tahun 2004 dan semenjak itu beliau menggerakkan pembangkang terutama PKR sama ada di peringkat tempatan, kebangsaan, dan luar negara.

Keputusan PRU13 - Results Pilihan Raya Umum Malaysia

Barisan Nasional - Selepas keputusan "kurang memberangsangkan" ini, Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad Badawi mengumumkan pada 8 Oktober 2008, yang beliau akan mengundurkan diri, sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO. Pemilihan presiden baharu diadakan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009, di mana Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak menang selepas menjadi calon tunggal yang layak bertanding. Pada 2 April 2009, Dato' Seri Abdullah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Sultan Mizan Zainal Abidin. Pada 3 April, Dato' Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di hadapan baginda.

Pakatan Rakyat - Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, juga ketua Pakatan Rakyat kembali ke parlimen selepas 10 tahun apabila memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008. Isteri beliau, yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan Ahli Parlimennya supaya Dato' Seri Anwar dapat bertanding dan seterusnya kembali ke parlimen. Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya Mac 2008 kerana undang-undang tidak membenarkan seseorang yang dipenjara bertanding buat tempoh lima tahun selepas hukumannya berakhir, iaitu sehingga April 2008.

Pengundi - Berdasarkan daftar pemilih, SPR menyatakan terdapat 12,992,661 pengundi biasa dan 275,341 pengundi awal, menjadikan seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini. Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (di luar negara). SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 saluran mengundi. Daripada jumlah itu, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi bakal disediakan bagi pengundi biasa, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat mengundi.

Pemerhati - SPR telah melantik kira-kira 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan lebih 2,500 individu untuk bertindak sebagai pemerhati tempatan pada pilihan raya kali ini. Di peringkat antarabangsa pula, lima negara ASEAN iaitu Kemboja, Myanmar, Thailand, Indonesia dan Filipina bersetuju menghantar seramai tujuh orang pemerhati daripada setiap negara. Para pemantau hanya dibenarkan memantau proses membuang undi dan tidak mempunyai kuasa mengganggu pengundi. Sebelum itu, tiga NGO menubuhkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU) bagi merekrut sukarelawan menjadi pemerhati PRU13. Mereka ialah Bersih 2.0, MAFREL dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas). Badan ini bagaimanapun tidak diiktiraf SPR.

[PRU 13 Malaysia] - Keputusan PRU13 - Results Pilihan Raya Umum Malaysia -
Selengkapnya