Hari Perempuan   Women Day

blogger counters


GE13 PRU13 - Malaysia Election Day

Pemilihan Raya Umum MalaysiaPilihan Raya Umum Malaysia ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri.

Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman. Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad. Keputusan PRU13 - Results Pilihan Raya Umum Malaysia

Pilihan Raya Umum Malaysia (sebelum kemerdekaan Malaya) wujud di dalam dua peringkat: peringkat negara dan peringkat negeri. Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat Malaysia, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala pilihan raya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Perhimpunan Legislatif Negeri). Ketua bagi cabang eksekutif, Perdana Menteri, merupakan dipilih secara tidak langsung. Secara tradisinya, pemilihan Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dijalankan serentak, kecuali di Sarawak.

Pada Pilihan sebelumnya, Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 amat memeranjatkan ramai penganalisis politik kerana Barisan Nasional hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala ketiga-tiga buah parti pembangkang utama (Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, dan Parti Islam Se-Malaysia) yang selepas itu membentukkan Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi Parlimen. Dengan ini pihak pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, Selangor pada tahun 2004 dan semenjak itu beliau menggerakkan pembangkang terutama PKR sama ada di peringkat tempatan, kebangsaan, dan luar negara.

Keputusan PRU13 - Results Pilihan Raya Umum Malaysia

Barisan Nasional - Selepas keputusan "kurang memberangsangkan" ini, Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad Badawi mengumumkan pada 8 Oktober 2008, yang beliau akan mengundurkan diri, sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO. Pemilihan presiden baharu diadakan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009, di mana Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak menang selepas menjadi calon tunggal yang layak bertanding. Pada 2 April 2009, Dato' Seri Abdullah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Sultan Mizan Zainal Abidin. Pada 3 April, Dato' Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di hadapan baginda.

Pakatan Rakyat - Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, juga ketua Pakatan Rakyat kembali ke parlimen selepas 10 tahun apabila memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008. Isteri beliau, yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan Ahli Parlimennya supaya Dato' Seri Anwar dapat bertanding dan seterusnya kembali ke parlimen. Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya Mac 2008 kerana undang-undang tidak membenarkan seseorang yang dipenjara bertanding buat tempoh lima tahun selepas hukumannya berakhir, iaitu sehingga April 2008.

Pengundi - Berdasarkan daftar pemilih, SPR menyatakan terdapat 12,992,661 pengundi biasa dan 275,341 pengundi awal, menjadikan seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini. Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (di luar negara). SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 saluran mengundi. Daripada jumlah itu, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi bakal disediakan bagi pengundi biasa, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat mengundi.

Pemerhati - SPR telah melantik kira-kira 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan lebih 2,500 individu untuk bertindak sebagai pemerhati tempatan pada pilihan raya kali ini. Di peringkat antarabangsa pula, lima negara ASEAN iaitu Kemboja, Myanmar, Thailand, Indonesia dan Filipina bersetuju menghantar seramai tujuh orang pemerhati daripada setiap negara. Para pemantau hanya dibenarkan memantau proses membuang undi dan tidak mempunyai kuasa mengganggu pengundi. Sebelum itu, tiga NGO menubuhkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU) bagi merekrut sukarelawan menjadi pemerhati PRU13. Mereka ialah Bersih 2.0, MAFREL dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas). Badan ini bagaimanapun tidak diiktiraf SPR.

[PRU 13 Malaysia] - Keputusan PRU13 - Results Pilihan Raya Umum Malaysia -